KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lesen niaga hanya RM50

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Lesen niaga hanya RM50 Empty
PostSubject: Lesen niaga hanya RM50   Lesen niaga hanya RM50 EmptyMon May 28, 2012 5:34 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan secara berterusan akan membela nasib peniaga dan penjaja kecil bukan saja disebabkan sumbangan besar mereka kepada ekonomi negara, malah rakyat mampu mendapatkan pelbagai barangan serta hidangan lazat mereka pada harga munasabah. Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peniaga dan penjaja kecil hanya perlu membayar caj pendaftaran atau pembaharuan lesen sebanyak RM50 saja untuk tempoh lima tahun.

“Saya bagi pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan caj pendaftaran kali pertama dan pembaharuan untuk pemilikan tunggal atau perkongsian hanya RM50 untuk lima tahun berbanding RM150 dan RM300 sekarang.

“Bayaran kompaun pendaftaran lewat dan pembaharuan lewat akan dikurangkan sebanyak 50 peratus. Pakej ini akan dilaksanakan bermula 1 Jun hingga 31 Disember ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Warga Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, malam tadi.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola majlis itu, Datuk Roslan Ali Omar. Perdana Menteri berkata, insurans berkelompok turut disediakan kepada golongan peniaga dan penjaja.

“Kita perlu mengemaskini data pendaftaran sebab satu skim insurans berkelompok disediakan dan butirannya akan diteliti serta dilaksanakan sedikit masa lagi.

“Usaha ini penting kerana jika peniaga jatuh sakit mereka tidak ada Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia) jadi beban kos rawatan terpaksa ditanggung keluarga,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Lesen niaga hanya RM50
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Dr M: Lesen judi diluluskan jika saya berkuasa
» Sukan terbaik hanya di RTM
» BN hanya akan menang 5 kerusi?
» Sekolah yang hanya mempunyai seorang pelajar
» Buta hanya kerana berebut sekeping biskut

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: