KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Buta hanya kerana berebut sekeping biskut

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Buta hanya kerana berebut sekeping biskut Empty
PostSubject: Buta hanya kerana berebut sekeping biskut   Buta hanya kerana berebut sekeping biskut EmptyFri Jan 21, 2011 12:09 pm

Buta hanya kerana berebut sekeping biskut Digestivebiscuit

Tak Faham aku.. Hanya kerana sekeping biskut, sanggup dia membelasah kawan dia dengan teruk sehingga cedera parah mata kirinya. Dikatakan mereka berebut sekeping biskut untuk bersarapan. Mengapalah salah seorang tidak boleh mengalah? Dan yang paling pelik, mengapa ada sekeping biskut aje? apa Tuan rumah tak mampu beli biskut ke? erm.. ikuti kisah selanjutnya....

BERITA PENUH:

SUBANG JAYA: Hanya kerana sekeping biskut, seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia awal 20-an cedera pada mata kiri apabila dibelasah dengan penyapu oleh rakan sekerja, seorang warga tempatan di rumah majikan mereka di SS14, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian, majikan mereka yang bertugas sebagai doktor tiada di rumah kerana keluar bekerja. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kedua-dua pembantu rumah terbabit bertengkar bagi mendapatkan sekeping biskut untuk bersarapan. Menurut sumber, mereka tidak pernah bergaduh selama bekerja lebih setahun di rumah berkenaan dan sering berkongsi masalah.

“Namun, rakan sekerja mangsa berusia awal 30-an itu mula hilang pertimbangan apabila gagal berebut mendapatkan biskut daripada mangsa. Dia (suspek) memaki hamun mangsa menyebabkan mereka berdua bertengkar lebih 10 minit di dapur rumah berkenaan,” katanya

Sumber berkata, sebaik melihat rakan sekerjanya itu masih tidak berpuas hati, mangsa memohon maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.

“Namun, permohonan maaf mangsa bagi memenangi semula hati rakan sekerjanya itu sudah terlambat. Ini kerana suspek sebaliknya menjadi lebih agresif apabila memukul mangsa dengan penyapu,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang bagaikan dirasuk membelasah mangsa lebih 20 minit dan ketika itu, mangsa hanya menutup muka menggunakan tangan.

“Mangsa juga menangis sambil merayu dikasihani sebelum suspek berhenti memukul seluruh tubuhnya. Ketika itu mangsa menyangka rakannya itu sudah berpuas hati membelasahnya, namun sangkaannya meleset kerana sebaik mendongakkan kepala satu hayunan penyapu mengenai mata kirinya,” katanya.

Sumber berkata, pukulan itu menyebabkan mata mangsa mengalami pendarahan serius.

“Panik dengan keadaan mangsa, suspek berlari masuk ke biliknya sebelum mengurungkan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa menghubungi majikannya melaporkan kejadian terbabit.

“Majikannya yang bergegas pulang tiba di rumah kira-kira 20 minit kemudian membawa mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di kawasan berkenaan,” katanya.

Bimbang keselamatan diri serta keluarga, doktor berkenaan membuat laporan di Balai Polis Subang, di sini, semalam. Sumber berkata, mangsa dilaporkan menjalani pembedahan bagi memulihkan mata kirinya itu, namun difahamkan kemungkinan penglihatan mangsa pulih sepenuhnya tipis.

Difahamkan, polis sudah merakamkan percakapan kedua-dua pembantu rumah terbabit dan siasatan lanjut dilakukan. Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Back to top Go down
 
Buta hanya kerana berebut sekeping biskut
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ditikam hanya kerana lambat bayar sewa rumah!
» Lesen niaga hanya RM50
» BN hanya akan menang 5 kerusi?
» Letupan Logi Nuklear: Jepun tidak selamat kerana radiasi
» Bunuh teman wanita kerana tolak cinta

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: