KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 ABPBH2009: Gemilang Bersama Bintang

Go down 
AuthorMessage
mawar_hijau

mawar_hijau


Posts : 112
DUIT gempakZ : 229
REPUTASI : 2
Join date : 2010-05-27

ABPBH2009: Gemilang Bersama Bintang Empty
PostSubject: ABPBH2009: Gemilang Bersama Bintang   ABPBH2009: Gemilang Bersama Bintang EmptyFri May 28, 2010 5:22 am

PERANCANGAN awalnya, pembaca bertuah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 menerusi peraduan Gemilang Bersama Bintang (GBB) akan dibawa bercuti ke Pulau Langkawi. Namun disebabkan berlakunya masalah yang tidak dapat dielakkan, rombongan yang terdiri daripada pemenang, peminat, artis dan media ini mengubah haluan mereka ke sebuah negara yang terletak di sebelah selatan tanah air iaitu Singapura.

Walaupun berubah lokasi, namun keseronokan tetap dirasai kerana sebagai sebuah negara yang kaya dengan tempat pelancongan, Singapura tidak pernah mengecewakan pelancong yang datang mengunjunginya. Barangkali sudah menjadi rezeki mereka apabila selama tiga hari dua malam berada di Kota Singa ini, aktiviti yang diatur penaja iaitu POTO Travel & Tours Sdn Bhd (POTO) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura ini cukup padat.

Bukan itu saja, malah percutian eksklusif ini turut disertai tiga finalis
ABPBH 2009 iaitu Mawi yang dicalonkan untuk kategori Penyanyi Lelaki
Popular, calon Penyampai Radio Wanita Popular, Linda Onn serta pelakon remaja jelita, Diana Danielle yang turut tersenarai dalam kategori Pelakon Wanita Popular. Biarpun masing-masing sibuk dengan aktiviti seni mereka namun untuk agenda seperti ini, mereka sanggup mengetepikan kesibukan itu demi komitmen yang sudah dijanjikan lebih awal.

Paling teruja pastinya pemenang bertuah iaitu Kamarulzaman Abdul Rahman kerana menjadi pemenang tunggal yang menyertai percutian eksklusif ini kerana tiga pemenang lain tidak dapat ikut serta disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Dan pastinya peluang itu digunakan sepenuhnya oleh petugas Pos Malaysia Berhad ini untuk beramah mesra dengan artis pujaannya tanpa perlu berkongsi dengan pemenang lain.

Sebaik saja tiba di Singapura, destinasi yang dituju terlebih dulu adalah The Merlion, yang menjadi mercu tanda negara ini. Seperti biasa, lokasi popular ini tidak pernah sunyi dari tumpuan pelancong. Pun begitu, dalam kesibukan itu sempat juga artis terbabit berposing sakan dengan pemenang serta peminat. Bukan saja peminat malah pelancong yang ada di situ turut terpesona dengan kehadiran dua selebriti jelita itu lantas teringin untuk bergambar dengan mereka.

Selepas puas bergambar, rombongan ini kemudiannya bertolak ke satu lagi lokasi pelancongan yang menjadi kebanggaan di Singapura iaitu Singapore Flyer. Roda Ferris tertinggi di dunia serta terletak di kawasan perairan Marina ini mempunyai ketinggian bangunan 42 tingkat iaitu 165 meter. Apa yang mengagumkan adalah, menerusi roda ini pelancong dapat melihat sebahagian daripada pulau yang terletak di negara jiran iaitu Batam serta sebahagian Johor. Mula dibina pada Oktober 2007, roda ini memulakan pusingan pertamanya tanggal 11 Februari, dua tahun lalu.

Usai bersuka ria di situ, perjalanan diteruskan dan kali ini destinasi yang dituju adalah Night Safari, sebuah zoo yang menempatkan haiwan yang aktif pada waktu malam. Dengan menaiki tram, ahli rombongan dibawa melihat aktiviti haiwan yang kebanyakannya itu dibiayai syarikat swasta. Aktiviti melawat haiwan tidak terhenti di situ saja. Keesokkannya iaitu pada hari Sabtu, rombongan dibawa pula ke taman burung terbesar yang terletak di kawasan Jurong. Di sana, peserta dibawa melihat pertunjukan burung yang sememangnya menghiburkan dan mengagumkan.

"Rasa seronok dan teruja melihat bagaimana burung itu beraksi. Bukan mudah hendak melatih burung untuk membuat pertunjukan. Alangkah seronoknya jika di tanah air sendiri ada pertunjukan sebegitu. Sepanjang berada di Singapura, saya akui lawatan ke taman Burung Jurong ini adalah yang paling menyeronokkan," kata Mawi sambil menyifatkan kedatangannya ke Singapura kali ini berbaloi kerana berpeluang makan angin bersama peminat.

Turut teruja dengan percutian ini adalah Danielle. Walaupun sebelum ini dia pernah berkunjung ke Singapura tetapi ada juga destinasi yang belum pernah dikunjungi seperti Pulau Sentosa.

"Selalunya sebelum ini Di kalau turun ke Singapura, aktiviti yang dilakukan adalah membeli belah tetapi kali ini rasa puas sebab dapat berjalan-jalan dan melihat keindahan Pulau Sentosa. Seronok melihat pertunjukan Songs of The Sea dan juga pertunjukan burung di Jurong. Paling Di suka adalah Singapore Flyers. Kalaulah Di berpeluang untuk berkunjung ke Singapura nanti, Di akan naik lagi sekali. Tapi kali ini, Di nak naik kapsul yang dikhususkan untuk 'fine dining'," kata pelakon jelita ini yang tidak kekok melayan peminat yang mahu bergambar dan beramah mesra dengannya.

Bagi Linda pula, peluang percutian ini umpama serampang dua mata buatnya. Sambil menghiburkan diri dan melepaskan lelah, ia juga
adalah satu peluang buat penyampai Suria FM itu untuk bertemu saudara maranya.

"Walaupun Linda kerap datang ke Singapura tetapi selalunya masa Linda banyak dihabiskan untuk melawat saudara mara. Kalau buat
rancangan nak melawat kawasan pelancongan pun, mesti tak jadi. Jadi
percutian kali ini memberi peluang untuk Linda lupakan seketika pasal

kerja serta masalah peribadi lain. Dan yang penting, inilah masanya
juga untuk Linda meluangkan masa bersama peminat yang turut serta dalam percutian ini.

"Mungkin sebelum ini ramai yang ingatkan kami golongan artis ini sukar didekati. Jadi di sinilah kami ingin buktikan yang artis tidaklah seburuk yang disangka. Kami juga manusia biasa yang ada kala ingin berhibur, ada ketika perlu bersendirian, ada masa perlu rehat dan sebagainya," ujar Linda.

Kenangan terindah bagi pembaca bertuah

SELAMA ini dia hanya melihat artis kesayangannya menerusi kaca
televisyen saja. Tapi kali ini, penyanyi pujaannya itu bukan saja berada dekat dengannya tetapi juga bersembang dengannya. Situasi
seperti inilah yang paling bermakna buat Kamarulzaman apabila buat
pertama kali bertentang mata dengan penyanyi pujaannya iaitu Mawi.

"Saya memang minat Mawi dari dulu lagi iaitu sejak dia keluar
dari Akademi Fantasia. Saya suka dengan bakat semula jadinya serta
suaranya yang garau itu. Justeru, apabila mendapat tahu yang rombongan ini turut disertai Mawi, saya memang sangat teruja dan gembira kerana impian saya untuk bertemu dengannya menjadi kenyataan.

"Selepas berjumpa dengannya, saya dapati Mawi memang mudah mesra dengan peminat dan dia melayan saya dan kawan dengan cukup ramah sekali. Bila bertemu Mawi saya banyak bertanyakan soal kerjaya. Tak adalah sampai nak tanya soalan peribadi pada dia. Sebagai peminat, saya lebih mengambil tahu mengenai aktiviti seninya berbanding hal peribadi. Dan dia juga sempoi dan tak kisah kalau nak ambil gambar bersama.

"Begitu juga dengan Linda dan Diana. Mereka juga cukup ramah melayan peminat. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penaja kerana memberi peluang yang penuh bermakna ini kepada saya. Ia akan menjadi satu kenangan terindah yang tak mungkin akan saya lupakan sampai bila-bila," kata jejaka yang berasal dari Shah Alam ini.

Selain lawatan ke destinasi pelancongan menarik serta dijamu dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan serta halal dari pelbagai kaum, peserta rombongan juga di bawa ke tempat membeli belah yang popular di negara ini. Orchard Road, Bugis Street serta Mustafa Centre yang terletak di kawasan Little India adalah destinasi mesti singgah buat mereka yang memang gemar membeli belah. Biarpun masa yang diberikan agak singkat namun itu tidak menghalang untuk mereka membeli apa saja yang berkenan di hati.

Memang berbaloi bercuti di Singapura. Bak kata Linda Onn ketika ditemubual, memang penat tetapi menyeronokkan. Tiga hari di sana, banyak pengalaman pahit manis dapat ditimba. Paling penting, selain berhibur dan menambahkan ilmu pengetahuan, ikatan silaturahim
juga dapat dipereratkan.
Back to top Go down
 
ABPBH2009: Gemilang Bersama Bintang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Anugerah Bintang Popular 2011 [senarai TOP 5]
» Zed zaidi kecewa Aaron Aziz memang Bintang paling Popular?
» Minggu Setiusaha bersama faizal tahir
» Siti Sarah Raissuddin, Bob AF2 bersama ke Hollywood
» Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: