KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak

Go down 
AuthorMessage
ketupat lemang

ketupat lemang


Posts : 64
DUIT gempakZ : 169
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-30

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Empty
PostSubject: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak   Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak EmptySun May 30, 2010 3:57 pm

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak 3696039593_59b7c8544a
haha.. nak berbicara tentang ikan sepat lak. dulu masa kecik-kecik suka tangkap ikan ni kat sawah. ada yang kaler merah ada yang hitam.. ada yang besar ada yang kecil. pernah tangkat sepat harimau kat sawah dapat dalam 200 ekor.. meriah sangat masa tu.. hehee...

sedikit cerita tentang ikan sepat:

IKAN sepat (Gourami) dianggap antara spesies yang jarang dipelihara oleh pemilik akuarium. Ini kerana ramai yang menyifatkan spesies itu sukar dipelihara. Dan ada juga berpendapat spesies itu yang tidak ada nilai komersil.

Bagaimanapun tidak kurang juga pemilik akuarium yang memelihara spesies ini kerana keunikannya selain semakin sukar ditemui di parit atau kolam yang sebelum ini menjadi habitat utamanya.

Perlu diingat terdapat empat jenis ikan sepat - Honey Gourami (Colisa chuna), Dwarf Gourami (Colisa lalia), Pearl Gourami (Trichogaster leeri) dan Blue Gourami (Trichogaster trichopterus).

Setiap spesies menampilkan sifat fizikal berlainan dan memiliki daya tertarik sendiri kerana sudah ramai pemilik ikan mula untuk mengumpul spesies ini yang dianggap semakin pupus.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui memelihara spesies ini dianggap mudah berbanding spesies lain. Ini kerana ia dianggap lasak dan tidak memerlukan penjagaan terlalu rapi serta mudah hidup.

Harga jualan kurang RM5 seekor serta variasi jenis sepat ini menyebabkan sudah ramai pemilik kedai akuarium mula menjualnya kerana ia semakin mendapat tempat di kalangan pemilik akuarium.

Empat jenis ikan sepat ini memiliki tabiat pemakanan, pembiakan, kesesuaian pencahayaan dan penyediaan akuarium serta tabiat renangan yang hampir sama dan hanya memerlukan penjagaan minimum.

Spesies ini menggemari makanan kering sama ada dalam bentuk butiran atau kepingan tipis. Ia disifatkan tidak terlalu memilih dalam pemilihan makanan.

Sepat membiak secara bertelur. Ia cukup selesa dengan akuarium yang terang tanpa pencahayaan matahari.

Ikan ini bukan jenis pemangsa. Justeru, ia mesra dengan ikan lain. Lanskap akuarium yang sesuai ialah dengan memasukkan tumbuhan air secara padat.

Tabiat renangan ialah gemar berlegar-legar di bawah permukaan air. Bagaimanapun dari segi air, Honey Gourami serasi dengan air pH6.8, keliatan air H7, suhu air 28 darjah Celsius, membesar sehingga 6 sentimeter dan takungan air 80 liter. Dwarf Gourami (pH6, H7, 28 darjah Celsius, 6cm, 80 liter), Pearl Gourami (pH7, H8, 10cm, 26 darjah Celsius dan 100 liter) dan Blue Gourami (pH6.8, H6, 27 darjah Celsius, 15cm dan 200 liter).

dari >> http://www1.bharian.com.my
Back to top Go down
ketupat lemang

ketupat lemang


Posts : 64
DUIT gempakZ : 169
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-30

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Empty
PostSubject: Re: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak   Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak EmptySun May 30, 2010 3:59 pm

Sepat rawa

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak 250px-Tricho_trichop_080925-3166_rwg

Sepat rawa, Trichogaster trichopterus, atau sering disebut sepat (biasa) adalah sejenis ikan anggota suku gurami (Osphronemidae). Seperti kerabatnya yang bertubuh lebih besar, sepat siam (T. pectoralis), ikan ini merupakan ikan konsumsi yang disukai orang, meski umumnya hanya bernilai lokal. Namun di samping itu terdapat pula varian-varian hiasnya yang berwarna menarik, yang populer sebagai ikan akuarium.

Ikan ini banyak dikenal dengan nama-nama lokal seperti sepat sawah, sepat jawa, sepat biru, sepat ronggeng (Mly.), sapek (Min.) dan lain-lain. Dalam perdagangan ikan hias, bergantung pada varietasnya, ikan ini dikenal dengan nama-nama (Ingg.) seperti Three spot gourami, Blue gourami, Cosby gourami, Gold gourami, Golden gourami, serta Opaline gourami
Back to top Go down
ketupat lemang

ketupat lemang


Posts : 64
DUIT gempakZ : 169
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-30

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Empty
PostSubject: Re: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak   Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak EmptySun May 30, 2010 4:02 pm

gambar-gambar ikan sepat:

Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Sepat+003 Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Sepat2 Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak 3774513400_23233647eb Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Sepat1
Back to top Go down
Sponsored content





Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Empty
PostSubject: Re: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak   Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak Empty

Back to top Go down
 
Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ikan sepat mr.pingu mati
» Ikan Toman - Ikan Air Tawar yang digilai ramai
» Ikan Seluang - Ikan kecil yang pengacau umpan
» Komputer tablet tahan lasak, Toughpad FZ-A1 jenis Android
» Kejayaan dalam program realiti lasak menaikkan nama Vanessa dan Pamela

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN HOBI :: KAKI PANCING-
Jump to: