KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Teruja dengan muzikal K.I.T.A

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Teruja dengan muzikal K.I.T.A Empty
PostSubject: Teruja dengan muzikal K.I.T.A   Teruja dengan muzikal K.I.T.A EmptyMon Jun 07, 2010 12:49 pm

dr bharian.com

PELUANG terbuka dan didorong keinginan untuk mengembangkan bakat seninya, Hafiz pantas mencuri ruang dengan berlakon teater pula. Sesi pemilihan pelakon bulan lalu memberi tuah kepadanya apabila dia diterima membawakan watak Rahman dalam teater muzikal K.I.T.A.

Teater yang akan dipentaskan pada 17 Jun hingga 27 Jun, di Istana Budaya tercetus hasil gagasan dan semangat 1 Malaysia. Teater arahan Ho Lin Yuay ini dinaungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi Hafiz, peluang untuk mengasah bakat sebagai pelakon teater ini dianggap satu kesempatan terbaik untuk meluaskan lagi kebolehan dan kemampuannya dalam bidang seni. Malah dia cukup bertuah kerana mendapat sokongan padu dari Astro Entertainment Sdn Bhd (ESB), Penerbit Enfiniti Productions yang juga aktivisi teater tanah air, Datin Seri Tiara Jacquelina dan pelakon berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan. Kini selepas sebulan menjalani latihan pesat teater terbabit, dia mengakui mula jatuh cinta dengan dunia lakonan.

“Teater ini bukan hiburan semata-mata. Biarpun berlakon ini tidak semudah disangka, saya bersyukur dapat menimba pengalaman daripada mereka yang sudah ada nama. Lakonan akan menjadi semakin sebati dalam diri dan kami yang berlakon serta kru seperti adik beradik.

“Selepas sebulan ini juga saya mula menyedari penghayatan menyanyi di atas pentas dan menyanyi sambil berlakon sangat berbeza. Melalui teater ini saya turut mendapat kawan baru,” katanya yang ditemui Hip baru-baru ini ketika sidang media kedua teater terbabit diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya yang dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menurut Hafiz lagi, peluang berlakon teater itu ibaratnya seperti mengimbas kembali kenangan lalu sewaktu berada di Akademi Fantasi musim ketujuh (AF7) apabila dia melakukan tugasan minggu teater muzikal.
“Sudah lebih sebulan mengikuti kelas intensif bahasa Inggeris di bawah seliaan Tiara dan Enfiniti Productions. Saya mahu memantapkan lagi pertuturan dan sebutan bahasa Inggeris apatah lagi teater ini juga memerlukan saya berdialog dalam bahasa itu.

“Saya akan menyanyikan 10 lagu. Sembilan daripadanya lagu baru,” katanya yang turut mempunyai babak dengan penyanyi Nas Adila memegang watak Ayu.
Ho Lin Huay pula berkata, dia bangga kerana projek berwajah 1 Malaysia ini mendapat sokongan dan dorongan kerajaan.

“Saya terharu diberi peluang ini apatah lagi K.I.T.A dipentaskan di Istana Budaya. Teater ini membabitkan hampir 70 pelakon dan penari. Lapan daripadanya adalah watak utama yang menggerakkan cerita. Skrip teater ini ditulis saya. Ia menggunakan bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil,” katanya.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani berkata, dia percaya dengan sokongan yang diberikan semua pihak termasuk media dan penaja, teater K.I.T.A mampu meneruskan kelangsungan kepada aspirasi yang dijelmakan terhadap gagasan 1 Malaysia.

Katanya, latar tempat dan subjek yang digambarkan di dalam teater ini terutamanya Menara Jam Condong Teluk Intan menterjemahkan simbolik betapa kukuhnya menara itu terhadap metafora kukuhnya perpaduan di negara kita. Ia juga memberi penekanan kepada pelbagai aspek kehidupan termasuk erti persahabatan, kekeluargaan dan kenegaraan.

INFO: Teater muzikal Kita

* Dianjurkan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Istana Budaya dan Xiyue Art & Culture
* Dipentaskan mulai 17 hingga 27 Jun depan di Istana Budaya
* Tiket dijual bermula pada harga RM288 (VVIP), RM188(VIP), RM148 (Zone A), RM108 (Zone B), RM88 (Zone C) dan RM38 (Zone D).
* Pelajar dari usia 21 tahun ke bawah akan diberi diskaun
* Pertanyaan boleh menghubungi KC Lee (016-9929888) Thomas Tan (016-9838000) atau Frederick (017-7168640)
* Laman sesawang: www.istanabudaya.gov.my
Back to top Go down
 
Teruja dengan muzikal K.I.T.A
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Siri bercakap dengan Jin
» Mari Berdiet dengan epal
» Sihat dan Kurus Dengan Herbalife
» Tomok nak Kahwin dengan Pramugari?
» Bertunang dengan isteri Orang

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: