KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap Empty
PostSubject: UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap   UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap EmptyMon Jun 28, 2010 11:51 pm

JOHOR BAHARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.

Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser yang diketuai oleh Prof Dr Zulkepli Majid dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.

Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, Mohd Farid Mohd Ariff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik.

"Sistem ini melibatkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipandatasecara offline dan online, komponen kalibrasi ruang dan komponenpemprosesan data," katanya kepada pemberita di universiti itu di Skudaihari ini.

Zulkepli berkata kamera yang digunakan menggabungkan tiga teknologi pengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapis inframerah dan peranti tiga dimensi yang mampu merakam imej 3D dalam keadaan terang atau gelap.

Komponen kalibrasi ruang pula merupakan peranti kalibrasi 3D yang digunakan untuk mengkalibrasi ruang yang akan direkod oleh kamera litar tertutup. Komponen pemprosesan data membuat pengenal pastian imej dengan kaedah fotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepat subjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.

Zulkepli berkata kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan telah diuji keberkesanannya dalam setiap sudut. Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebih mahal berbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imej dengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.

"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - BERNAMA

>> Tahniah! UTM maju lagi setapak kehadapan~ :pompom:
Back to top Go down
 
UTM Hasilkan CCTV Mampu Rakam Dalam Gelap
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Budak sekolah Bantu rakam video perogol bersiri
» Oprah: Contoh mangsa Trauma yang mampu bangkit dan berjaya
» CCTV atau televisyen litar tertutup
» Mengantuk dalam Kelas
» MIC kaji kedudukan dalam BN

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN ILMU :: PENDIDIKAN-
Jump to: